Saturday 20 July 2013

Pesanan dari Sahabat

Pesanan dari Sahabat

Wahai sahabat, kita hanyalah manusia biasa yang hidup didunia ini dengan kesempurnaan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kita juga tidak sendirian di dunia ini kerana ada insan lain di sekeliling kita. oleh itu, wahai sahabat, janganlah kita mengharap orang lain akan menghormati kita jika kita tidak menghormati mereka, janganlah kita mengharap orang lain akan kasih kan kita jika kita tidak tahu akan nilai kasih sayang, janganlah kita mengharap orang lain akan berbudi bahasa dengan kita jika kita tidak tahu berbudi bahasa dengan orang lain, janganlah kita mengharapkan orang lain akan berkawan dengan kita jika kita tidak tahu erti berkawan dan cara berkawan, janganlah kita mengharapkan orang akan menjaga nama baik dan air muka kita jika kita tidak menjaga nama baik dan air muka orang lain. jangan kita mengharap maruah kita akan di jaga jika kita tidak menjaga maruah orang lain. Dan janganlah kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina kerana cermin sentiasa perlu untuk kita melihat diri sendiri sebelum menghina orang lain dan jangan sekali kita menganggap mereka yang tiada pendidikan itu tergolong dari orang yang jahil kerana ALLAH lebih mengetahui akan mereka itu. orang yang diam tidak semestinya dia menerima.. tetapi mereka lebih cekal hatinya berbanding kamu kerana dia ada ALLAH bersamanya.. 

Sekian.

No comments:

Post a Comment