Wednesday 31 July 2013

SIAPAKAH YANG MAHA RAJA?

SIAPAKAH YANG MAHA RAJA?
ALLAH!!

SIAPAKAH YANG MAHA MENOLONG?
ALLAH!!

SIAPAKAH YANG MAHA KUASA?
ALLAH!!

SIAPAKAH YANG MAHA KUAT?
ALLAH!!

SIAPAKAH YANG MAHA PERKASA?
ALLAH!!

SIAPAKAH YANG MAHA MEMBALAS KEJAHATAN?
ALLAH!!

SIAPAKAH YANG BERKUASA ATAS SEGALANYA?
ALLAH!!

SIAPAKAH YANG AKAN MENOLONG SAUDARA KITA?
ALLAH!!

SIAPA YANG MAHA MEMILIKI SEGALANYA SELAIN ALLAH JALLA WA 'ALAA

LAA ILAHA ILLALLAAH



LIKE Mazeer Mohamad Network UNTUK INFO SENSASI DAN TERKINI! ~♥
Like ·  ·  · 5 hours ago · 

syiah sesat!!! hati2...

syiah sesat!!! hati2...












KENYATAAN MEDIA MENTERI DALAM NEGERI - PERGERAKAN SYIAH DI MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
Y.B. DATO’ SRI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI
MENTERI DALAM NEGERI
25 JULAI 2013

PERGERAKAN SYIAH DI MALAYSIA

1. Kementerian Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1), AktaPertubuhan 1966 pada 24 Julai 2013 melalui Pewartaan P.U. (A) 238/2013.

2. PertubuhanSyiah Malaysia merupakan sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar yang telah menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan majoriti umat Islam di Malaysia yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan ini mencetuskan suasana keresahan dan kebimbangan di kalangan umat Islam di negara ini.

3. Peruntukan di bawah Seksyen 5 [Akta 335], Akta Pertubuhan 1966 adalah berkaitan dengan Kuasa Menteri di dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang- undang.

“Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak dengan jalan perintah, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan,cawangan atau peringkat atau jenis pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana tempat di dalamnya, ketenteraman awam atau akhlak.”

Dari segi implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah Malaysia di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966:

a) Tiada seorang pun boleh menggunakan semula nama Pertubuhan Syiah Malaysia untuk didaftarkan sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

b) Segala akaun, aset dan harta Pertubuhan Syiah Malaysia akan diserah dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

c) Tiada seseorang pun boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil Pertubuhan Syiah Malaysia. Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti Pertubuhan Syiah Malaysia akan disiasat dan didakwa di Mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Sebagai contoh, seksyen 6(2) dan 6(3)[1],seksyen 42[2]dan seksyen 48[3]Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan[4].

5. Kerjasamaantara agensi-agensi agama dan kementerian-kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al Sunnah Wal Jamaah dari tersebardi kalangan masyarakat.

6. KDN dan juga agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan ini yang bercanggah dengan undang-undang.

7. Saya menyeru kepada semua pihak terutamanya rakyat Malaysia yang beragama Islam agar tidak melibatkan diri dengan sebarang kegiatan ini.

Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
25 Julai 2013

Monday 29 July 2013

BAHAYA PAKAI KASUT TUMIT TINGGI

Petua Menambah Rezeki Kekayaan

Petua Menambah Rezeki Kekayaan

1. Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
2. Rajin melakikan solat sunat Dhuha.
3. Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.
4. Tidak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.
5. Membaca surah Al-Waqiah. Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.
6. Membaca Surah Al-Mulk
7. Membaca Surah Al-Muzammil
8. Membaca Surah Al-Lail..
9. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W setiap hari.

P/s : Jom Sebarkan..!!
Semoga Info Ini Dapat Memberi Menafaat Pada Kita Semua... 

Sunday 28 July 2013

Boikot Barangan Cina DAP

www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDAP <-CLICK
Sokong Sokong milikan Melayu:
1.A&W (Milik KUB)
2.Burger King (Milik Ekuinas)
3.Kfc (Milik Qsr Brands)
4.Pizza Hut (Milik Qsr Brands)
5.Rasamas (Milik Qsr Brands)
6.Ayamas (Milik Qsr Brands)
7.The Manhattan Fish Market (Milik Ekuinas)
8.Poppeyes (Milik Ekuinas)
9.San Francissco (Milik Ekuinas)
10.Tutti Frutti Ice Cream (Milik Naza)
11.Ramly Burger (dijamin masih milik melayu)
12.Otai Burger (Melayu)
13.1901 Hot Dog Fast Food (Melayu)
14.Burger Bakar Abg Burn (Melayu)
15.HPA Radix Fried Chicken (RFC)
16.Old Malaya Kopitiam (Selangor)
17.Lam Yong Kopitiam (Selangor)
18.Jonker Walk Kopitiam (Selangor)
19.Lay Pak Kopitiam (KL)
20.Umai Kopitiam (Negeri Sembilan)
21.Pak Tam Kopitiam (Negeri Sembilan)
22.Manjung Kopitiam (Perak)
23.D'Impian Kopitiam (Johor)
24.Mai Kopitiam (Kedah)
25.The Loaf

Boikot Boikot Boikot:
1.The Chicken Rice Shop
2.Old Town White Coffee
3.Mc Donald
4.Kenny Rogers
5.Papa John’s Pizza
6.Wendy’s Hamburger
7.Krispy Kreme
8.Starbucks Coffe
9.Kyros Kebab
10.TGi Fridays
11.Dave’s Deli
12.Baskin Robin’s
13.Coffee Bean
14.Domino’s Pizza
15.Carls JR
16.Secret Recipe
17.MarryBrown
18.Dominos Pizza
19.Kemaman Kopitiam
20.Papapparich
21.Pak Li Kopitiam
22.Pak Hailam Kopitiam
23.Mr.Kaya Kopitiam
25.Roti Bakar Kopitiam
26.Victoria Station
27.ChaTime
28.Nando's
29.Dunkin Donuts

Inbox admin untuk senarai penuh barangan!
www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDAP <-CLICK

Friday 26 July 2013

ALAT INI DI GUNAKAN UTK KEGIATAN MENCURI SEBARANG KENDERAAN TANPA MENGGUNAKAN KUNCI ASA

Perkongsian














INFO AWAM:sebarkan utk kebaikkan bersama (.) Jika ternampak alat ini pada sesaorang d mana anda berada, lapurkan segera di Balai2 Polis yg berhampiran atau menggunakan talian Rakan Cop, utk tindakan segera (.) ALAT INI DI GUNAKAN UTK KEGIATAN MENCURI SEBARANG KENDERAAN TANPA MENGGUNAKAN KUNCI ASAL (.) Mungkin kenderaan anda. ...??? Pastikan kenderaan anda selamat di mana anda meletaknya. ....
Ppn Info ini utk kawan2 semua yg kenal atau tdak....tujuan utk kite semua beringat sblum terkene......
Kegiatan mencuri kereta mnggunakan alat ini utk mnghidupkan injin tanpa mggunakan kunci asal...ia juga blh membuka pintu yg mggunakan alarm. ......blh mematikan system alarm....Photo Hafiz Khairuddin

Thursday 25 July 2013

wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda

Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.

Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up' coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!

Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.


Caranya ( Perhatian sila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan teliti) :

Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.

Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.

Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda. Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.

Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!


*Sila ambil perhatian;

Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.

Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.

Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.

Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.

Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??

Jgn marah kalau dah terkena.......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan...

Wednesday 24 July 2013

Surah An-Nas

Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’ yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.

Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah SWT sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Fadhilat Surah An-Nas :

Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1. Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2. Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.

3. Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.

Daripada Aisyah RA katanya :

“Nabi Muhammad SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda SAW mentadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda SAW menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda SAW memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda SAW melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Tuesday 23 July 2013

MENGAPA AYAM MAMPU MELIHAT MALAIKAT SEDANGKAN KELDAI MAMPU MELIHAT SYAITAN

MENGAPA AYAM MAMPU MELIHAT MALAIKAT SEDANGKAN KELDAI MAMPU MELIHAT SYAITAN

"Bila engkau mendengar suara ayam jantan maka mintalah kepada Allah kerana ia melihat malaikat, sedangkan bila engkau mendengar ringkikan keledai, maka berlindunglah kepada Allah dari Setan karena dia melihat setan." (Shahih, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Keldai itu dapat melihat dengan sinar infra merah, sedangkan setan sendiri berasal dari jin yang diciptakan dari api. Ertinya, setan termasuk dalam lingkup infra merah. Kerana itulah, keldai dapat melihat setan, tetapi tidak bisa melihat malaikat.
Adapun ayam jantan, ia mampu melihat sinar ultraviolet, sedangkan malaikat diciptakan dari cahaya, ertinya dari sinar ultraviolet. Kerana itulah, malaikat dapat dilihat oleh ayam jantan.

Hal ini menjelaskan kepada kita mengapa setan melarikan diri saat disebutkan nama Allah. Penyebabnya adalah kerana para malaikat datang ke tempat yang disebut nama Allah itu, sehingga setan melarikan diri.

Mengapa setan menghindar bila ada malaikat?

Jawapannya adalah kerana setan terganggu bila melihat cahaya malaikat. Dengan kata lain, jika sinar ultraviolet bertemu dengan sinar inframerah di satu tempat, maka sinar merah memudar.

Maha Suci Allah...!! ♥

Sunday 21 July 2013

Kisah Penurunan Surah Al-Falaq

Kisah Penurunan Surah Al-Falaq

Dalam riwayat Al-Baihaqi, diceritakan bahawa surah Al-Falaq dan An-Naas diturunkan pada masa Rasulullah SAW disihir oleh seorang Yahudi yang bernama Labid bin al-A’sham dengan sebelas simpulan tali, di mana setiap kali dibacakan satu demi satu ayat-ayat dari kedua surah tersebut, maka terlepaslah simpulan itu satu persatu. Kisah tentang disihirnya Nabi Muhammad SAW ini sendiri terdapat dalam Shahih Al-Bukhari.

Menurut Abdullah Yusuf Ali pula, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad SAW, terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.

Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat lebih banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW pernah disihir oleh Labid Ibn al-A’sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda SAW, sehingga mengkhayalkan Baginda SAW dan menyebabkan Baginda SAW seolah-olah melakukan sesuatu padahal Baginda SAW tidak melakukannya, atau Baginda SAW seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda SAW tidak mendatanginya.

Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda SAW sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.

Keistimewaan Surah Al-Falaq

1. Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”
(Hadis Riwayat Muslim RA)

2. Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”

3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:

“Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”

kisah ketika Rasulullah SAW sedang beri’tikaf

Tersebut kisah, ketika Rasulullah SAW sedang beri’tikaf. Shafiyyah bintu Huyay (salah seorang isteri Baginda SAW) mengunjunginya pada malam hari. Setelah berbincang beberapa ketika, maka Rasulullah SAW menghantarkannya pulang ke kediamannya. Namun perjalanan kedua-duanya dilihat oleh dua orang Al Ansar. Kemudian syaitan menghembuskan ke dalam hati kedua-duanya perasaan was-was (curiga).

Rasulullah SAW melihat gelagat yang kurang baik dari kedua-duanya. Oleh kerana itu Rasulullah SAW mengejarnya, seraya bersabda:

“Tenanglah kamu berdua, dia adalah Shafiyyah bintu Huyay. Mereka berdua berkata: “

Maha Suci Allah wahai Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya syaitan mengalir di tubuh bani Adam sesuai dengan aliran darah, dan aku pula bimbang dihembuskan kepada kamu sesuatu atau keburukan.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 2175)

Demikianlah watak syaitan selalu menghembuskan bisikan-bisikan jahat ke dalam hati manusia. Apalagi Allah SWT dengan segala hikmah-Nya telah mencipta ‘pendamping’ (dari kalangan jin) bagi setiap manusia, bahkan Rasulullah SAW juga ada pendampingnya.

Dari Abdullah bin Mas’ud RA kata Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada seorangpun di antara kamu kecuali diberikan seorang ‘qarin’ (pendamping) dari kalangan jin.”

Para sahabat bertanya: “Termasuk Tuan juga ya Rasulullah?”

Jawab Baginda SAW:

“Ya. Aku juga. Tetapi Allah telah melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia masuk Islam (menyerah). Maka itu dia tidak pernah menyuruhku melainkan kepada kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim:2814

Saturday 20 July 2013

Pesanan dari Sahabat

Pesanan dari Sahabat

Wahai sahabat, kita hanyalah manusia biasa yang hidup didunia ini dengan kesempurnaan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kita juga tidak sendirian di dunia ini kerana ada insan lain di sekeliling kita. oleh itu, wahai sahabat, janganlah kita mengharap orang lain akan menghormati kita jika kita tidak menghormati mereka, janganlah kita mengharap orang lain akan kasih kan kita jika kita tidak tahu akan nilai kasih sayang, janganlah kita mengharap orang lain akan berbudi bahasa dengan kita jika kita tidak tahu berbudi bahasa dengan orang lain, janganlah kita mengharapkan orang lain akan berkawan dengan kita jika kita tidak tahu erti berkawan dan cara berkawan, janganlah kita mengharapkan orang akan menjaga nama baik dan air muka kita jika kita tidak menjaga nama baik dan air muka orang lain. jangan kita mengharap maruah kita akan di jaga jika kita tidak menjaga maruah orang lain. Dan janganlah kita memandang orang lain dengan pandangan yang hina kerana cermin sentiasa perlu untuk kita melihat diri sendiri sebelum menghina orang lain dan jangan sekali kita menganggap mereka yang tiada pendidikan itu tergolong dari orang yang jahil kerana ALLAH lebih mengetahui akan mereka itu. orang yang diam tidak semestinya dia menerima.. tetapi mereka lebih cekal hatinya berbanding kamu kerana dia ada ALLAH bersamanya.. 

Sekian.

Friday 19 July 2013

kecenderungan menghasut

Apakah maksud kecenderungan menghasut sekaligus boleh didakwa melanggar undang-undang Malaysia?

Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

JANGAN MUDAH TERPEDAYA

JANGAN MUDAH TERPEDAYA:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) mengingatkan orang ramai bahawa terdapat skim pengambilan deposit dan pelaburan haram yang kononnya menjanjikan pulangan lumayan. Wang yang anda laburkan mungkin digunakan untuk membayar 'pulangan lumayan' kepada pelabur lain. Skim sebegini adalah haram dan merupakan satu penipuan. 

Pihak PDRM dan BNM sentiasa bekerjasama dalam memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat bagi memerangi "Jenayah Kewangan". Jangan Menjadi Mangsa..!!

Sumber: BNMTELELINK

Thursday 18 July 2013

Parody/Clone account Tun Mahathir oleh kaai

Saya bangga ;)



















I found nice twitter account dri admirers tun M from middle east. Dia org buat Parody/Clone account Tun Mahathir untuk educate thinking for arab world people &many quotes dari speech tun di terjemahkan ke dlm bahasa arab in the account.. Sampai macam tu sekali??????? Hebat!

People quote :

Emma Rahim Azzurri : “ Saya tinggal kat middle east.. Almost 6yrs! Yes.. Everywhere u pergi.. Ppl cakap pasal mahathir.. About recent pru13 nie.. Saya ada borak ngan kwn sekerja saya... Conversation dia quite interesting... I did post kat my fb.. But conclusion.. Dia suruh saya sokong Parti yg mahathir sokong.. Even Mahathir is not our PM anymore.. Siap paksa lagik..!! Hahahhahaha... Mmg best! And yes.. Org sini mmg sayang mahathir!!”

Cahaya Al Karim : “ semua rakyat di Mesir pun mengharapkan Morsy dapat contohi Tun... sampai khutbah Jumaat kat sana sebut nama Tun .. baghal baghal di Malaysia saja dok hina Tun.....”

Fadyl Hamzah : “Let me share u something since I am currently working abroad in Saudi for the past almost 3 years. I am proud to say that I am a product of Dr Mahathir and the only Malaysian working in one of the most respected bank in Saudi. My working colleagues are mixed with different nationalities, from Far East to Europe and even the local peoples. My job requires me to associate with the local corporate peoples, of which most of them have a high respect to our Tun M. He has transformed Malaysia becoming a role model to the other Muslim countries. Being a Malaysian ambasssador to this Bank my work seems easy since the trust they put to the Malaysian by virtue of having a good leader like Tun M.”

Cik Leen : “He is a great leader.. bila saya di melbourne 4 thn lepas.. pemandu teksi trus bertanya adakah Mahathir PM saya tatkala saya berkata saya de malaysia.. saya kata yer.. dgn senyuman lebar dia berkata your country is very lucky to hv such a charismatic leader.. dia kata dia tak kenal pemimpin Malaysia yg lain.. hanya Mahathir pemimpin Malaysia.. saya sgt bangga.

Dira Ziq When : ”i was in dubai 4 years ago, ada pak arab senyum bila dia tau saya org malysia. Dia terus tya do u know what is the most amazing in Malaysia? I jawab our mix culture with mix races. He said, No! Your Mahathir!! Mahathir is the great Islamic leader in this world SubhanAllah. Saya pn terus terdiam sambil tahan sebak di dada. Terasa bangganya jd org Malaysia. Alhamdulillah.”

Kalsom Haji Sailan : “Di akhirat nanti akan ada org yg "muflis" krn dah lah amalan baik mmg tak de, dosa ddunia tak tertanggung, Manakala Tun pula peroleh bnyk sgt pahala yg dtg dr fitnah & tuduhan2 yg tidak berasas... Itu sebab Tun sentiasa senyum krn jelas " ultimate vision" nya... Khidupan akhirat yg kekal abadi."

FORWARD DR SAHABAT PR


KAAI

Wednesday 17 July 2013

Adab ketika marah

Adab ketika marah

Daripada Abu Hurairah RA: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berikan daku wasiat. Baginda SAW bersabda: 

"Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda SAW tetap bersabda: "Janganlah engkau marah." 
(Riwayat Ahmad no. 8729, al-Bukhari no. 5765 dan al-Tirmizi no. 2020)

Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menjauhi sebab-sebab yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu yang mengarah kepadanya.

Adab-adab ketika marah :

1. Jangan marah kecuali kerana Allah SWT. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Demi Allah, Baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang beliau hadapi kecuali apabila larangan Allah dilanggar, maka beliau akan marah kerana Allah.” (Riwayat al-Bukhari no.6404)

2. Ingat kekuasaan dan keagungan Allah SWT ketika marah.

3. Menahan marah.

Allah SWT menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : “ … dan orang yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada orang lain dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.”
(Surah Ali Imran 3:134)

4. Berlindung kepada Allah SWT ketika marah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika seseorang yang marah mengucapkan A’uzubillah (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya.” (Riwayat Ibn A’di)

5. Diam.

Daripada Imam Ahmad RA, maksud sabda Baginda SAW:

“Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang daripada kalian marah, hendaklah ia diam.”

6. Mengubah posisi.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

“Jika salah seorang daripada kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

7. Berwudhuk.

Marah itu api syaitan. Oleh sebab itu, sejukkan marah dengan berwudhuk.

8. Bersabar dan memaafkan.

Sebaik-baik orang yang marah, memaafkan orang yang dimarahinya. Maksud firman Allah SWT:

“Dan jika mereka marah, mereka memberi maaf.”
(Surah al-Syura 42:37)

9. Jangan berdendam.

Allah SWT berfirman yang bermaksud :

“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.” (Surah al-Nahl 16:126)

Tuesday 16 July 2013

Piring Astro Menghadap Kaabah?

Piring Astro Menghadap Kaabah?




Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro.Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah."Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrongmenjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. Bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tisu badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya. Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan keMekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabahsememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Monday 15 July 2013

buku agama yang membawa virus wahhabi
















Atas permintaan sahabat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, kami senaraikan nama-nama penulis buku agama yang membawa virus wahhabi. Sila teliti buku-buku agama agar tidak terbeli buku yang ditulis oleh pembawa virus wahhabi dari Malaysia :

1. Dr Asri Zainal Abidin (pendedahan sudah banyak dijelaskan dalam page ini, yang tak tahu cari dan selidik. Sebarang komen penuduhan, malas menyelidik tidak akan dilayan)

Antara jawapan dari asatizah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah mengkritik Dr Asri Zainal Abidin dan menolak artikelnya yang berisikan pengkafiran, syirik, bid'ah sesat, melekehkan para ulamak, institusi pondok, memfitnah mufti di Malaysia :

Muhasabah Untuk Dr Asri Zainal Abidin :

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.0

2. Hafiz Firdaus - antara pendokong Hairi Nonchi, 'berfatwa' wanita boleh melacur dalam keadaan darurat. Menyatakan Asya'iroh sama dengan fahaman jahmiyah.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=285689631496185&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340472.&type=3&theater

3. Azwira Aziz - menghukum syirik umat Islam yang berselawat syifa'

4. Juanda Jaya - mengkafirkan asya'iroh dalam khutbah Jumaat di Perlis

rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=443229679075512&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340304.&type=3&theater

5. Rasul Dahri - mengatakan asya'iroh kekal dalam neraka, menipu atas nama Imam Asy Syafie. Bukunya diharamkan oleh Jakim. Banyak kali ditangkap oleh Jabatan Agama Johor kerana menyebarkan fahaman wahhabi.

Rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=218832848181864&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340616.&type=3&theater

6. Hairi Nonchi - cikgu Sabah bukan takhassus ilmu agama, rajin belajar dari buku wahhabi dan menulis juga buku agama berkaitan aqidah dan hukum hakam. Pernah mengkafirkan Habib Ali Al Jufri, mengeluarkan fatwa tiada dalil sertu apabila terkena najis khinzir. Individu yang terlibat dalam mencari-cari kesalahan habaib dengan tujuan untuk memburuk-burukkan ahlu bait.

Membawa virus mujassimah dan musyabbihah - https://www.facebook.com/photo.php?fbid=414999108565236&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340312.&type=3&theater

menghukum kafir terhadap ahli sufi :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=223228797742269&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340616.&type=3&theater

7. Fikri Alamghiri a.k.a Mohd Fikri bin Che Hussin. Membuat fitnah pembohongan terhadap ahli tasawwuf, menghukum sesat terhadap tasawwuf.

rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=253207064744442&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340472.&type=3&theater

8. Muhammad Asrie Sobrie - mengkafirkan ulamak makkah seperti Sheikh Muhammad Alawi al Maliki, Habib Umar, Syeikh Zein Sumaith.

rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=473865299345283&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340169.&type=3&theater

9. Emran Ahmad - mengkafirkan ahli sufi. menghukum syirik bertawassul sekaligus mengkafirkan para sahabat, salafussoleh yang melakukannya :

rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=444376842294129&set=pb.149551445110005.-2207520000.1373340304.&type=3&theater

10. Abdul Qadir al Jawas - penulis Indonesia yang mengkafirkan Ulamak dan umat Islam tanpa haq.

lihat bukunya :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1284540271345&set=o.111506672207176&type=3&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1284540271345&set=o.111506672207176&type=3&theater

Penulis wahhabi ini telah dikritik oleh Habib Rizieq Shihab (Front Pembela Islam Indonesia)

Lihat : http://www.youtube.com/watch?v=hlCdzVo8Ueo

Video klip ini ada 4 bahagian kesemuanya.

Hairi Nonchi banyak mengambil rujukan dari wahhabi Indonesia ini termasuk juga tulisan Hafiz Firdaus.

11. Mohd Yaakub bin Mohd Yunus - mengkafirkan ulamak dan umat Islam yang menyambut maulidur rasul. Dan membid'ahkan amalan ibadah yang ada sandaran dari al Quran dan al hadith.

Rujuk : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=225640650791588&set=pb.122861801069474.-2207520000.1373341855.&type=3&theater

12. Fathul Bari (orang kuat iLMU) - menghukum kafir terhadap umat Islam yang membaca sodaqaLlahul 'azim (bayangkan para qari dan qari'ah yang membaca al Quran di Tilawah Antarabangsa termasuk ramai ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya adalah kafir dan masuk neraka), Asya'iroh yang terdiri dari ramai ulamak hadith, tafsir, mazhab dan sebagainya dihukum sesat olehnya. - Bagaimana Jakim, UM** masih boleh terima makhluk ini sedangkan dia menghukum sesat terhadap Asya'irah. Buku, Kitab Sifat 20 pun ada diterbitkan oleh JAKIM.

http://www.youtube.com/watch?v=-mhLA71tFlE

http://www.youtube.com/watch?v=wlMT5Ywn94s

Admin : Jika jumpa nama-nama ini di kedai buku, beritahu pada penjual buku (kadang-kadang mereka jual sahaja, tak tahu pun isinya) nama-nama ini penyebar fahaman ekstrimis yang suka pada perbahalahan, permusuhan, mengkafirkan majoriti ulamak dan umat Islam tanpa haq yang bertentangan dengan al Quran dan al Hadith serta ijmak.

Peringatan dan larangan Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam mengkafirkan umat Islam :

Dalam hadis, Rasulullah SAW menegaskan:
Jika seseorang berkata kepada saudaranya, "Wahai kafir!" Maka kekafiran itu akan kembali (menimpa) kepada salah seorang di antara keduanya. (riwayat Imam al Bukhari daripada Abu Hurairah RA)

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.


(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :

"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

Na'uzubillahi min zalik..

Senarai nama ini akan diupdate lagi. sekiranya sahabat lain ada maklumat bolehlah berkongsi dengan kami. Terima kasih. Sila sebarkan !