Tuesday 9 July 2013

Menghina orang cacat adalah berdosa

Menghina orang cacat adalah berdosa kerana kita mempertikaikan Allah SWT. Bacalah kisah Nabi Nuh AS sebagai panduan

Cerita Nabi Nuh AS ini bermula pada suatu hari apabila seekor anjing yang sangat ganjil lalu dihadapannya. Rupa anjing itu tidak seperti anjing-anjing biasa, ia bermata empat dan sudah tentu menarik perhatian ramai,termasuk Nabi Nuh AS sendiri pada zaman itu. Nabi Nuh AS pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti di depannya dengan agak kehairanan.
Nabi Nuh AS berkata

"Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh,mata engkau empat tidak seperti anjing yang lain. Mengapa jadi begini?"

Anjing itu pun menjawab

"Kau tanyalah siapa yang menjadikan aku, kau fikir aku yang hendak mukaku hodoh begini? Tanyalah Tuhan yang menjadikan aku dan juga yang menjadikan engkau!"

Nabi Nuh AS pun meraung menangis mendengarkan jawapan anjing hodoh itu. Dia menangis tidak henti-henti, terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan. Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu. Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah SWT dengan tidak sengaja.

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh AS (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh AS diabadikan dalam Al-Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah SWT

No comments:

Post a Comment