Wednesday 19 February 2014

KENAPA MASALAH DATANG LAGI...

KENAPA MASALAH DATANG LAGI...

1. BALASAN DOSA 
Anda tak akan terlepas dari terbuat dosa. Bercakap bohong juga merupakan satu dosa, iaitu dosa kecil. Meninggalkan sembahyang walau cuma satu waktu adalah satu dosa, iaitu dosa besar. Masalah diturunkan pada orang-orang yang memilih untuk tidak bertaubat, tidak meminta ampun.

2. MEMBONGKAR POTENSI DIRI
Masalah yang dimunculkan dalam hidup bertujuan untuk anda membongkar kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri anda. Kebanyakan orang-orang berjaya hidup mereka asalnya susah. Hidup susah tu satu masalah. Namun mereka memfokus pada penyelesaian masalah iaitu dengan keluar dari hidup yang susah.

3. PELUANG KITA BERUBAH
Pandanglah sesuatu masalah itu sebagai batu loncatan dan bukannya beban yang perlu dirungsingkan. Bila mengalami masalah, katakan kepada diri, " inilah masa untuk aku berubah." Masalah sukar untuk diselesaikan jika kita masih menggunakan cara lama. Kita perlukan kaedah dan formula baru untuk mengatasinya. Dalam proses pengkajian ini kita akan ketemui idea-idea baru yang segar. Bila idea ini dilaksanakan, kita akan berubah tanpa disedari.

4. MENYAKITI ORANG LAIN
Jika anda berbuat jahat pada seseorang, balasannya adalah musibah, masalah dan dugaan berat. Jika anda menyakiti hati seseorang sama ada sengaja atau tak sengaja kemudian orang yang anda sakiti tu teraniaya, hidup anda pasti bermasalah. Inilah sebab kenapa anda digalakkan sentiasa memohon maaf pada orang disekeliling.

Mungkin orang yang kita sakiti itu adalah ibu bapa kita sendiri. Atau mungkin juga rakan sekerja yang menyampah dengan sikap kita tetapi tidak tergamak untuk memberitahunya. Oleh itu, sentiasalah meminta maaf dan berwaspada dengan sikap kita. Jadilah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Ingatlah setiap masalah itu adalah peluang untuk kita belajar sesuatu yang baru dalam kehidupan ini.

Renung dan fikir-fikirkan kenapa kita kerap ditimpa masalah...
Datuk Dr Maznah Hamid

No comments:

Post a Comment