Wednesday 18 December 2013

Siapakah Nabi Khidir AS?



Abdallah bin Shawdhab:
Mendakwa Khidir AS adalah individu daripada Parsi dan sering berjumpa dengan Nabi Elyas AS setiap tahun terutama di bulan Ramadhan dan musim haji di Mekah. Nabi Elyas AS adalah antara empat orang individu yang masih belum wafat iaitu Idris AS, Isa AS, Khidir AS dan baginda AS sendiri.

Ibnu Ishq:
Mendakwa Khidir AS adalah Nabi Aramiyah bin Khulfiyah AS (Jeremiah AS). Nabi Aramiyah AS adalah Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT ketika pemerintahan Raja Josiah bin Amon yang memerintah Judah. Walaubagaimanapun, Tabari menolak dakwaan Ibnu Ishq.

Ibn al-Kalbi:
Mendakwa Khidir AS adalah keturunan Nabi Harun AS.

Muhammad bin Ayub:
Mendakwa Khidir AS adalah anak lelaki kepada anak perempuan Firaun. Namun, siapakah Firaun yang Muhammad bin Ayub dakwa sebagai datuk kepada Khidir AS tidak pula dinyatakan.

Naqqash:
Mendakwa Khidir AS adalah anak kepada Firaun. Sama seperti Muhammad bin Ayub, tidak dinyatakan Firaun mana yang beliau dakwa sebagai ayah kepada Khidir AS.

Muqatil bin Sulayman:
Mendakwa Khidir AS adalah Nabi Elyas AS.

Ibnu Qutaybah:
Beliau mendakwa Khidir AS adalah nama lain bagi individu bernama Ama’il bin Eliphaz (Yafaz) bin Esau bin Ishak AS.

Wahb bin Munabbih, Ibnu Kathir, al-Alusi, Imam Nawawi dan Ibnu Qutaybah:
Wahb bin Munabbih mendakwa Khidir AS adalah nama lain bagi individu bernama Baliya bin Malikan bin Peleg bin Eber (Hud AS) bin Shelah bin Arpachshad bin Sam bin Nuh AS. Namun, Imam Nawawi memberi nama Baliya bin Kaliman dan bukannya Baliya bin Malikan. Ulama zaman kini mendakwa insan yang didakwa oleh dua tokoh ulama salafi ini adalah insan yang sama. Ibnu Qutaybah turut mendakwa Khidir AS adalah insan yang bernama Malikan selain dakwaannya Khidir AS adalah insan bernama Ama’il.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment