Tuesday, 17 December 2013

Injil yang didakwa sebagai 'Gospel of Barnabas'

Sebuah Injil yang mengandungi ramalan bahawa Nabi Muhammad SAW bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat keagamaan bagi Kristian bermazhab Katholik. Pope Benedict XV sendiri teruja untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali ‘Gospel of Barnabas’ itu. Injil yang bertinta emas dan keseluruhan menggunakan bahasa ibunda Nabi Isa AS, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan dijumpai oleh polis Turki pada tahun 2000 dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam. Pada 2010, Injil berkenaan diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan diberi kebenaran untuk dipamerkan setelah beberapa usaha pemulihan.

Pope Benedict XVI berusaha untuk melihat sendiri Injil berkenaan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang mana Nabi Isa AS dipercayai hanya seorang Rasul dan pesuruh Allah SWT dan bukan anak Tuhan sebagaimana yang dipercayai sebahagian besar mereka yang beragama Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Protestan, Anglican dan Orthodox. Lebih menarik, Injil ini turut mendakwa Nabi Isa AS tidak pernah meninggal dunia akibat disalib dan baginda telah diangkat oleh Allah SWT ke langit. Ia bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan daripada hawari Paul.

Injil yang didakwa sebagai 'Gospel of Barnabas'

Oleh yang demikian, ramai cendikiawan Kristian menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-16 dan bukannya abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, pengkaji-pengkaji Islam mempercayai ia adalah Injil yang sebenar-benar Injil sepertimana yang difirman Allah SWT dalam Al-Quran.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.
(Surah Al-Baqarah ayat 146)
Like ·  ·  · 5 hours ago · 

No comments:

Post a Comment