Saturday, 24 August 2013

Ini adalah kepercayaan orang cina.

Ini adalah kepercayaan orang cina. Sebelum saya bercerita hal ini, tolong jgn mengatakan bahawa saya jatuh syirik dan terkeluar dari agama Islam kerana mempercayai kisah ini. Hal ini saya kongsikan kepada umum sebagai tanda 1 Malaysia utk sama² kita tahu mengapa sembahyang hantu di adakan setiap kali datangnya bulan Ogos.

15 hari yang lalu bermulalah sembahyang hantu bagi masyarakat cina di seluruh dunia. Ianya adalah bertujuan untuk menghalau hantu-hantu yg keluarnya dari pintu neraka supaya tidak mengganggu mereka. Acara ini di adakan dgn cara membakar 'duit'.

Hari ini bermula jam 12 tgh malam tadi, jatuhnya hari keramat di mana hantu-hantu paling garang dan jahat keluar dari neraka paling jahanam. Sebab itulah semalam korg dpt melihat jiran-jiran tetangga korg yg berbangsa cina seolah-olah membakar kertas tepi jalan di hadapan premis perniagaan mahupun di kediaman masing². Jika tidak melakukan hal sedemikian, hantu-hantu jahat yg garang ini akan memberontak dan mengganggu tanpa belas kasihan.

Adakah tragedi bas terjunam ke dalam gaung yang meragut 33 nyawa sebentar tadi ada kena mengena dengan kisah ini. Wallahuallam, cukuplah kita yg Islam ni menganggap ianya suratan takdir yg sudah di tulis Illahi.

Biarkan mereka dengan kepercayaan mereka. Setiap agama mempunyai kepercayaan masing². Sebenarnya kisah ini di ceritakan oleh bos saya Tracy Ana Yeoh. Thanks kak, cerita yg seronok untuk di dengar dan sukar untuk saya percayai kerana kita bukan 1 agama yg sama. Tetapi, meremang juga bulu roma ni dengar kisahnya.

No comments:

Post a Comment